Archive for the ‘Info’ Category

Rakaman Rancangan Sarapan Utk Raya 2012

Wednesday, July 25th, 2012

RAKAMAN DI PERAK 11.6.2012 (AKAN DITV3 PADA 11.9.2012 JAM 9PAGI)

YANG BAJU WARNA SEDONDON TU KELUARGA SIS

RAKAMAN PAGI DI SEPANG,KL  12HB.6.2012 DIRUMAH KAK ANA(AKAN DITV3 PADA  2HB.9.2012 JAM 9PAGI)

RAKAMAN PAGI DI AMPANG,KL  12HB.6.2012 DIRUMAH SID(AKAN DITV3 PADA 26.8.2012 JAM 9PAGI)

BUKA MINDA UTK TAKLUK DUNIA

Monday, November 14th, 2011

MEH KITA SAMA-SAMA MAJUKAN DIRI KITA

Orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan dan berwawasan,marilah menuju kemulian wahai orang yang bersungguh-sungguh.marilah menuju ketinggian,buanglah rasa mengantuk tinggalkan kemalasan,naikilah tangga kreativiti,majulah kepuncak kesempurnaan dan berkata-katalah selalu dalam hatimu ‘ SENTIASA MAJUKAN DIRI,BAIK DALAM KEADAAN SENANG ATAUPUN SUSAH’ Kunci KEJAYAAN MINDA ialah PUNCA KECERMELANGAN PEMIKIRAN’

1.BETULKAN NIAT & FOKUS

2.TETAPKAN MATLAMAT KEJAYAAN ANDA AGAR TIDAK TERSASAR

3.GERAK KERJA DAN KESUNGGUHAN

4.FOKUSKAN PERHATIANMU KEPADA SATU-SATU PEKERJAAN

5.MULAKAN KERJA YANG PALING PENTING KEMUDIAN YANG KURANG PENTING.

6.KERJA YG BERSISTEMATIK IALAH MENUJU KEJAYAAN

7.HINDARI PERASAAN BOSAN DAN JEMU.

****ANDA INGIN BERJAYA MULAKAN CITA-CITA DENGAN NIAT,SETIAP PERBUATAN BERGANTUNG KEPADA NIAT,OLEH SEBAB ITU NIATLAH KEBAIKAN DALAM SETIAP AMALAN,BERIKAN MANFAAT KEPADA ORANG LAIN DAN HINDARI DARIPADA MELAKUKAN KEJAHATAN.******

SAYANGILAH IBU ANDA

Saturday, October 22nd, 2011

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

JOM BERZIKIR

Saturday, October 22nd, 2011

JOM KITA SAMA-SAMA BERZIKIR..

Kaya Harta Dan Kaya Ilmu

Tuesday, September 27th, 2011

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

MELAYU MUDAH LUPA

Sunday, September 11th, 2011

KUMPULAN 4

Sajak, melayu mudah lupa, nukilan Tun Dr Mahathir Mohammad

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

KAD SELAMAT HARI RAYA

Tuesday, August 23rd, 2011

SELAMAT HARI RAYA SEMUA..SAYANG SEMUA..MUAHHHHH

Musuh Iblis dan sahabat Iblis

Thursday, August 11th, 2011

15 MUSUH IBLIS

1.NABI MUHAMMAD S.A.W

2. IMAN YANG ADIL

3.ORANG KAYA YANG RENDAH HATI

4.PADAGANG YANG JUJUR

5.ORANG ALIM YANG SEMBAHYANGNYA KUSYUK

6.ORANG BERIMAN YANG SUKA MEMBERI NASIHAT

7.ORANG YANG TAUBAT DAN TETAP ATAS TAUBATNYA

8.ORANG YANG TAK MAHU BERBUAT KEMUNGKARAN

9.ORANG BERIMAN YANG SENTIASA BERWUDUK

10.ORANG BERIMAN YANG BANYAK BERSEDEKAH

11.ORANG YANG BERIMAN YANG BERKELAKUAN BAIK

12.ORANG BERIMAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN

13.ORANG YANG MENGAMALKAN DAN TERUS MENERUS MEMBACA AL-QURAN

14.ORANG YANG MENEGAKKAN IBADAT PADA WAKTU MALAM SEDANGKAN ORANG LAIN TIDUR DENGAN NYENYAKNYA.

15.ORANG BERIMAN YANG PENGASIH

10 SAHABAT IBLIS

1.HAKIM YANG TIDAK ADIL

2.ORANG KAYA YANG SOMBONG

3.PEDAGANG YANG TIDAK JUJUR

4.PEMINUM ARAK

5.PENGHASUT KEPADA ORANG LAIN

6.ORANG YANG BERAMAL KERANA INGIN NAMA(RIAK)

7.ORANG YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

8.ORANG YANG PERMUDAHKAN SOLAT.

9.ORANG YANG TIDAK MAHU BERZAKAT

10.ORANG YANG SUKA TERMENUNG(MELAMUN)


19 HADITS MENGENAI WANITA

Saturday, August 6th, 2011

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan..

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak NabiIsmail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10. 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suami serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku Nabi SAW) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Dari Aisyah r.a., Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

Ramadhan datang lagi

Monday, August 1st, 2011

syukur alhamdulillah,terima kasih pada allah beri peluang pada kita BERPUASA DI BULAN RAMADHAN yang Mulia ini

TIADA NAMA SECANTIK “ALLAH”

TIADA UMAT SEBAIK “NABI MUHAMMAD”

TIADA AGAMA SEINDAH “ISLAM”

TIADA MUZIK SEIRAMA “BEDUK”

TIADA SUARA LAGU SEMERDU “AZAN”

TIADA NOVEL SEHEBAT “AL- QURAN”

TIADA DIET YG MUJARAP SELAIN “PUASA”

TIADA BULAN YG MULIA SELAIN “RAMADHAN”

~SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA~

TAK POSE TAK BOLEH RAYA TAU…SELALUNYA YG SIBUK NAK RAYA TU ORG YG TAK POSE LA…GLAMOR BAGAI NAK RAK….HEHEHE…

Photobucket
Kek & Kelas Kek

Ribuan Terima Kasih Dari Sis. Sokongan anda amat dihargai! Terima Kasih!Sila datang lagi!!
MY FAMILY
my family
Jom Baca Quran
MY SIFU
+6
Hulurkan Bantuan!
DI DUNIA INI,APA YANG KITA BERI MEMBUAT KITA JADI KAYA BUKAN APA YANG KITA TERIMA,JADI MARI KITA SAMA-SAMA HULURKAN TANGAN BERIKAN BANTUAN PADA FAKIR-FAKIR MISKIN*

rumah anak yatim


Orang alim kata, barangsiapa membantu di Jalan Allah (tolong anak-anak yatim misalnya), insyaallah Allah SWT akan membantu dan mengurniakan rezeki kepadanya daripada sumber yang tak pernah disangka-sangka. Percayalah...