Archive for the ‘Info’ Category

SUAMI-SUAMI FAHAMILAH ISTERI ANDA

Friday, July 15th, 2011

KHAS UTK SEMUA… SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT……

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…

sampai hati ibunya

Thursday, June 2nd, 2011

Dalam kejadian 22 Disember tahun lalu, kira-kira jam 3 petang, mangsa pergi ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Abdullah Man yang meninggal dunia dua bulan sebelum kejadian bagi melangsaikan hutang arwah ayahnya. Asri berkata, apabila dia tiba di rumah itu, ibu dan adiknya enggan membuka pintu lalu dia cuba menjenguk di jeriji tingkap untuk memanggil mereka, malangnya dia disimbah asid oleh adiknya.
Akibat simbahan itu, dia meraung meminta pertolongan ibu dan adiknya itu namun tidak dihiraukan menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan ibu saudaranya yang tinggal bersebelahan rumah.

Asri dah maafkan depa, Asri rindu sangat nak jumpa ibu dan adik,” itulah luahan Asri Abdullah, 42, yang cedera parah di muka, kedua-dua tangan dan badan selain buta akibat disimbah asid oleh ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 22 Disember tahun lalu.

Sambil menitiskan air mata, Asri meluahkan perasaan rindu terhadap ahli keluarganya walaupun mereka sanggup melakukan perbuatan kejam itu terhadapnya.
“Asri sayang depa, sampai sekarang pun masih rindu mereka. “Tapi mereka tidak pernah tanya khabar Asri. Walaupun kawan pernah hubungi mak untuk beritahu mereka keadaan Asri sekarang, tapi mak letak telefon….IBU APAKAH INI YG SNGGUP BUAT ANAK SENDIRI MACAM NI…BINATANG PUN TAU SAYANGKAN ANAKNYA…

JANGAN RAIKAN APRIL FOOL

Friday, April 1st, 2011

BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA

Assalamualaikum wbt.
Walaupun 1 April dah berlalu beberapa hari yang lepas..
Aku terpanggil untuk berkongsi cerita di sebalik hari tersebut di sini..

Ikutilah cerita sedih di sebalik
April Fool’s Day sebagai renungan
bersama. Setiap kali
menjelang 1hb April, sesetengah orang
kita begitu
taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s
Day ini, adalah
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan
kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di
Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
(Moors) terpaksa
berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu
bahwa mereka
boleh berlayar keluar dari Sepanyol
dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran
tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi ke
pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April),
mereka mengambil
semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke
pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar
rumah
penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana
semuanya dibakar. Pihak Kristian
kemudiannya menyerang
kaum Muslim dan membunuh kesemuanya;
lelaki, perempuan
serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata
dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan
April Fool’s Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara
seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu
taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara
kamu….

wallahhua’lam

Mengapa wanita menangis

Monday, March 28th, 2011

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.

  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.

The world stops at the moment when women cry.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV.

KENALI LELAKI & RAGAM MEREKA

Sunday, February 20th, 2011

BAGAIMANA MENGENALI LELAKI  PLAYBOY

- Selalunya mereka ini serog yg berpenampilan menarik dan ‘up to date’.Biarpn kadangkala mrk tu tak lah begitu kacak sangat dari segi rupa paras.tapi penampilan diri buat mrk ckup menawan.kalau bercakap memang romantis sekali.Kiranya pandai ayat laj ni!Mrk selalu memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal dikawasan mewah.Jarang sekali mrk bercakap tentang keluarga.

MAKNANYA- Mungkin mrk ini belum terfikir utk kehidupan berkeluarga.hanya memetingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mrk inginkan sesuatu yang teramat berharga drpd perempuan.Mungkin krn penampilan diri yg menarik hati,membuatkan mrk sering menjadi perhatian.jadi,berhati-hatilah!ada yg berjaya mengikis sikap itu bila usia makin mengijak dewasa,tapi usah terperanjat krn ada yg masih kekal dgn perangai ‘PLAYBOY’ itu biarpun usia dah vetaran.

BAGAIMANA MENGENALI LELAKI TRADISI

Corak berpakain mrk selalunya sederhana saja,taklah terlalu kuno atau ‘up to date’ sangat,tapi lelaki golongan ini agak suka memerintah org lain menuruti kehendak mrk.selain itu,dia sngat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuat jiwanya tenang.

MAKNANYA – Bermakna dia mampu menjadi suami yg baik nanti.bagi dirinya,keluarganya adalah segala-galanya dalam hidup.Mrk impikan sebuah keluarga yang bhgia dan itu juga bermaknsa dia tak takutkan komitmen.

BAGAIMANA MENGENALI LELAKI KORPORAT

- Selalu mrk ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional.Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yg paling penting dlm hidup.dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dlm memilih pasangan hidup.Jila ditanya,mungkin akn mengatakan bahawa mrk tak merancang utk membina keluarga dlm masa yg terdekat.

MAKNANYA:- Ternyata mrk ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dlm hidup sbb itulah dia akn memilih wanita yg pandai berdikari sebagai pasangan.Biarpun romantis tp wanita tetap akn jd yg kedua dlm hidup selepas kerjaya

BAGAIMANA MENGENALI LELAK KEPARAT

Lelaki jenis ini sukabersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dgn lelaki korporat yg berfikiran rasional.lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja.lelaki ini boleh dilihat dikawasan parking kereta dan tempat dimana kutu rayau selalau berada.

MAKNANYA:-Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa org parking atau motor,lagi pun wang yg diperolehi digunakan utk membeli najis dadah dan sbgainya.mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola.


Abah.. bagilah balik tangan Ita”

Monday, February 7th, 2011

ni sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….” (,”)(“,)

Runtuhan Tanah menyerupai wajah

Sunday, October 17th, 2010

PELIK TAPI BENAR..KUASA ALLAH YG MAHA ESA.
baru-baru ni balik ke kg sis(sungai petani,Kedah) sis ke rumah abg E,Abg e bawa sis ke blkg rumah abg D(kembar Abg E)tgk runtuhan tanah menyerupai macam dalam gambo tu,tp masyaallah dah jd tempat pemujaan..habis cina & india puja..penuh dgn colok dan bunga..adoiiii..kata mrk tuhan mrk dah keluor…adehhhh

manusia berhati Binantang

Wednesday, September 15th, 2010

 KEJAM YA AMAT SANGAT..MANUSIA JENIS APA KAH INI SANGGUP MEMBUNUH SAMPAI MACAM NI SEKALI,TAK DE KE PERASAAN BELAS KASIHAN..MEMANG BINATANG MRK SEMUA YG TERLIBAT DLM PEMBUNUHAN INI.

Selamat Hari Raya Adilfitri

Wednesday, September 15th, 2010

Selamat hari raya adilfitri dari sis untuk semua yang perna berusan dengan sis dan juga untuk pengunjung-pengunjung Blog sis ini..Ampun dan maaf sis pohon dari semua kot ada terkasar bahasa,terlebih cakap dan segala ter ter ter al maklumlah mulut tak de Insuran ni….

Tolong sebarkan

Monday, August 30th, 2010

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

Bacalah kisah ini yang telah di jumpai pada ” http://www.facebook.com/profile.php?id=100000567924161&v=wall&story_fbid=138827019486086#!/note.php?note_id=131456546897400&id=1708917354&ref=mf  “, mudah-mudahan anda mengambil iktibar dan pedoman pada kita semua. Sama-sama kita menegakkan kebenaran Agama Islam…. !!!allah hu akhbar

Begin story :

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim danmak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emaksaya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke JohorBahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderibernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal,makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorangpaderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad.Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibinakhas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satutahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan,belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang danmacam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agongWanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruhIndonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwahdari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, sayadihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalambahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari,kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalahSetiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalahbekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agongKristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwahbersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar danpemuda-pemuda Negeri Perak…. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteramdan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa sayabertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan sayaterus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama pendudukNegeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendakmengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leherhitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan – Berbajuputih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Rayadan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akanbelanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makandisediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyangdengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis airhitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam,tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwahIslam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gerejaRM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya,Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua diSenawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. HajiHanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolahyang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. PengetuanyaEn Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat keranakebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajarperempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanyauntukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayarRM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 jutakepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimanatersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliausekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan jugamatlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. PadriBesar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalahpenaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar keMelaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam danbilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepasmesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telahmasuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihahdan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, merekaperlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor,Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada1. Polis Bukit Aman,2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekaspadri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadipadri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasaInggeris.

Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok2. Tidak boleh minum arak3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yangmenyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasatdan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwahKristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedahdan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN – HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA’Sebarkanlah walau satu ayat pun’

(Sabda Rasulullah SAW)

‘Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan mu dan mengampuni bagimu

** dosa-dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’

(Surah Al-Ahzab:71)

demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara,sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi.

‘Agungkanlah dan laungkanlah ‘ allah hu akhbar”……………..

Photobucket
Kek & Kelas Kek

Ribuan Terima Kasih Dari Sis. Sokongan anda amat dihargai! Terima Kasih!Sila datang lagi!!
MY FAMILY
my family
Jom Baca Quran
MY SIFU
+6
Hulurkan Bantuan!
DI DUNIA INI,APA YANG KITA BERI MEMBUAT KITA JADI KAYA BUKAN APA YANG KITA TERIMA,JADI MARI KITA SAMA-SAMA HULURKAN TANGAN BERIKAN BANTUAN PADA FAKIR-FAKIR MISKIN*

rumah anak yatim


Orang alim kata, barangsiapa membantu di Jalan Allah (tolong anak-anak yatim misalnya), insyaallah Allah SWT akan membantu dan mengurniakan rezeki kepadanya daripada sumber yang tak pernah disangka-sangka. Percayalah...