Dalam kejadian 22 Disember tahun lalu, kira-kira jam 3 petang, mangsa pergi ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Abdullah Man yang meninggal dunia dua bulan sebelum kejadian bagi melangsaikan hutang arwah ayahnya. Asri berkata, apabila dia tiba di rumah itu, ibu dan adiknya enggan membuka pintu lalu dia cuba menjenguk di jeriji tingkap untuk memanggil mereka, malangnya dia disimbah asid oleh adiknya.
Akibat simbahan itu, dia meraung meminta pertolongan ibu dan adiknya itu namun tidak dihiraukan menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan ibu saudaranya yang tinggal bersebelahan rumah.

Asri dah maafkan depa, Asri rindu sangat nak jumpa ibu dan adik,” itulah luahan Asri Abdullah, 42, yang cedera parah di muka, kedua-dua tangan dan badan selain buta akibat disimbah asid oleh ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 22 Disember tahun lalu.

Sambil menitiskan air mata, Asri meluahkan perasaan rindu terhadap ahli keluarganya walaupun mereka sanggup melakukan perbuatan kejam itu terhadapnya.
“Asri sayang depa, sampai sekarang pun masih rindu mereka. “Tapi mereka tidak pernah tanya khabar Asri. Walaupun kawan pernah hubungi mak untuk beritahu mereka keadaan Asri sekarang, tapi mak letak telefon….IBU APAKAH INI YG SNGGUP BUAT ANAK SENDIRI MACAM NI…BINATANG PUN TAU SAYANGKAN ANAKNYA…