Love Myspace CommentsARTIKEL INI KHAS UNTUK LELAKI?HURMMM…ROMANTIK KE ANDA?CUBA TANYA AWEK ATAU ISTERI ANDA…SAYANGGGGG I NI ROMANTIK TAK?10HE HE DENGAR APA JAWAPANNYA!

KALAU ANDA RASA ANDA TAK ROMANTIK INI ADA 9 IDEA UNTUK ANDA PRAKTIK KAN69

1.SENARAIKAN KEPERLUAN:

*Senaraikan setiap hari-hari istimewa anda berdua dalam kalendar,misalnya hari anda bertemu dan ulang tahun pernikahan.Cuba luangkan waktu berkualiti bersama pada hari itu.Masak makanan kegemarannya,jika tidak sempat boleh beli sahaja di restoran berhampiran rumah.Buat kejutan dengan kiriman kad bertulisan tangan anda sendiri tanda kasih sayang yang tidak pernah pudar!

 

2.GENGGAM ERAT TANGANNYA:

*Dunakan kuasa sentuhan untuk membangkitkan naluri ketenangan.Keletihannya bekerja sepanjang waktu pasti dapat ditenteramkan dengan cara ini.Berikan ciuman kasih sayang setiap pagi sebelum pasanganmu melanhkah ke tempat kerja!Peluk selama sepuluh saat juga dapat memberi kelancaran bekerja untuk sepanjang hari.

3.HANGATKAN SUASANA:

*Minuman dan makanan enak sudah pun terhidang.Lebih hangat lagi andainya anda bijak menyusun kata-kata:puji kecantikannya berpakaian atau beritahu betapa dalamnya cinta dan kasih sayang anda terhadap dirinya.

4.CATATAN INDAH BUAT PASANGAN:

*Setiap kali anda terbaca artikel menarik,cubalah kerat/potong dan berikan padanya.teknologi yang ada mempercepatkan hubungan komunikasi,lantaran itu kiriman e-mail mahupun sms menarik kepadanya.

5.CIPTA ALBUM FOTO BERSAMA:

* Jangan tetapkan waktu-waktu tertentu untuk mangambil ganbar misalnya ketika waktu cuti atau majlis-majlis tertentu.Ambil gambar seberapa kerap yang boleh.kemudian buatkan buku skrap perjalanan kisah cinta anda berdua.lebih baik juga jika dapat ambil gambar ikit perancangan waktu.Kenangan gambar yang terakam itu pasti menambah kasih sayang sepanjang hayat.

6.LAYANAN ISTIMEWA BUANTNYA:

*tidak salah andai anda mampu menyediakan sarapan pagi buat pasangan tercinta.kejutkan dirinya dengan sebuah ciuman,kejutan sebegitu pasti memberi impak yang berbeza untuk setiap hari anda.pastinya kegembiraan isteri anda adalah kegembiraan buat diri anda juga!

7.BERITAHU MOOD ANDA:

*jujur oada diri,jika sedang tertekan beritahu kepadanya perasaan anda waktu itu.Dia pasti menghargai kejujuran anda dan tidak akan mengungkit jika anda hilang moos utuk bercanda atau sentiasa masam muka.

8.SEGAK SELALU

*Jangan biarkan isteri memandang anda tanpa semangat.Sebaliknya buat sehingga isteri anda tertarik pada persenoliti anda setiap hari.Mengapa mesti berhias ketika di luar rumah tetapi selekeh bila berada disamping yang tersayang.Cuba ubah persepsi dan praktik kan idea berpersonaliti kemas dan segak tatkala bersama isteri anda tersayangi.

9.BERBINCANG BERSAMA:

* Berbindanglah tenteang perjalanan kehidupan anda untuk hari itu.Dengan cara ini masing-masing akan menghargai kelebihan dan kekurangan diri anda berdua.

SELESAI…1

**Agaknya berapa orang ler lelaki yang boleh buat idea diatas ye,Maaf kan saya jika ada yang terasa…biasanya lelaki sebelum kawin masa bercinta bukan kata 9 idea je..90 idea pun boleh buat…5makin lama makin hilang 9 idea dan yang 90 idea pun lesap juga…jangan marah ye..Apa-apa pun cuba ler ye!

Love Myspace Comments