Marhaban_yaa_Ramadhan_by_adipatijulyeaaaaaaa!Bulan Ramadhan Tiba lagi…69best puasa datang lagi.aaa jangan korang tak puasa pula..setahun hanya sebulan je puasa..anak-anak saya yang umur 7 tahun pun boleh puasa sebulan penuh inikan kita yang dah besor panjang tak kan tak boleh puasa…tak lama sebulan je!!!!!!!6bukannya tak makan langsung..kita bersahur dan makan diwaktu berbuka….raya bukan main lagi tapi puasa tak nak ape ke halnya..Raya utk org2 yang berpuasa je..jadi kalau yg tak berpuasa tu tak payah ler sibuk2 buat persiapan raya..10 Tiap-tiap tahun saya tengok org tak berpuasa kena tangkap,sebelah kedai saya ada kedai kopi cina..maklum ler ramai pula yg gastrik di bulan puasa….yang bestnya kami tgk pegawai polis kena tangkap71…dalam kereta peronda berpakain seragam polis..bila kena gastrik dibulan puasa nak ke kedai cina sebelah kedai saya siap pakai jaket kat luar…selamba je muka tak bersalah di bulan puasa..tak berapa minit dtg van dari jabatan Ugama..kutip ler manusia2 yang tak tau malu ni termasuk ler abg polis tadi…ABG-ABG POLIS JANGAN MARAH YE!bukan semua abg-abg polis macam abg polis seorg ni…10 …tgk ler nanti bulan puasa drama pesakit gastrik akan bermula ..jadi kita sama-sama tgk ye…yeee malunya9

lagi satu penyakit ni memang susah nak dibendung dibulan puasa..panyakit membeli belah di bazzar Ramadhan..10penyakit ni termasuk dengan saya sekali…masalah betoi!40

Bulan Ramadhan nanti tengok ler bazaar ramadhan satu Malaysia..tapi kita kena kawal nafsu membeli terlalu banyak makanan..membazir nanti.. Dibulan Ramadhan semua makanan nampak sedap je..maklum ler masa beli kan perut kosong..ingat boleh ler masuk semua makanan…beli tu beli ni semuanya nak dibeli..atas  meja penuh extra sampai ke bawah ler..punya ler tamak…karang waktu berbuka makan tak banyak mana pun…betul kan!10betul…betul betul…..

Puasa datang setahun sekali jadi saya percaya ada yang dah lupa pun niat puasa,pantang larang waktu kita berpuasa…saya rasa semua  umat islam tahu apa ertinya ayat-ayat dibawah ini…ini cuma nak ingatkan kot-kot ada yang terlupa je…jom kita sama-sama buat persediaan berpuasa…..

 Erti Puasa

Menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari kerana Allah Taala. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan.

Niat Puasa

Niat sebulan : Sahaja aku puasa bulan Ramadhan sekaliannya kerana Allah Taala

Niat harian : Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.

Rukun Puasa

1. Berniat pada malam hari untuk mengerjakan puasa pada esok harinya.

2. Menahan diri dari makan,minum bersetubuh dan muntah dengan sengaja serta menjauhi perkara yang membatalkan puasa.
Syarat-syarat Wajib Puasa

1. Islam

2. Mukallaf

3. Suci dari Haid dan Nifas

4. Mastautin (bukan musafir)

5. Berkuasa (orang yang lemah atau sakit tidak wajib berpuasa)
Syarat Sah berpuasa
1. Islam

2. Suci dari haid dan nifas

3. Mumaiyiz

4. Berpuasa pada waktunya

Rujukan : Asas-asas Fardhu Ain (Ustaz Sulaiman Endut)