bismillah

Terdapat bebarapa persoalan yang perlu kita Tanya pada diri kita sendiri dan jawapan kepada soalan tersebut hanya diketahui oleh diri kita sahaja!

Antaranya:

 SIAPAKAH ORANG YANG SOMBONG:Adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan itu iaitu Allah,Tuhan sekalian alam.Maka bertasbihlah segala apa yang ada dibumi dan langit pada tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri

SIAPAKAH ORANG YANG TELAH MATI HATINYA:Adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al Quran,Hadis dan cerita-cerita kebaikan namub merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat

SIAPAKAH YANG DUNGUN:Adalah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya

SIAPAKAH ORANG YANG KUAT:Adalah orang dapat menahannya ketika ia di dalam kemarahan

SIAPAKAH ORANG YANG LEMAH:Adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

SIAPAKAH ORANG YANG BAKHIL;Adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas jujungan S.A.W

SIAPAKAH ORANG YANG BUTA:Adalah oaring yang tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran dari padanya

SIAPAKAH YANG TULI:Adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidah diendahkannya

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK:Adalah orang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan nabi Sulaiman a.s

SIAPAKAH YANG MANIS SENYUMAN:Adalah orang yang apabila ditimpa musibah lalu dia berkata”Inna Lillahi wainna illaihi rajiuun”Lalu sambil berkata”Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanmu ini”sambio mebgukir senyuman

 SIAPAKAH ORANG YANG MENANGIS AIR MATA MUTIARA:Adalah yang takala sedang bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan segala dosa-dosanya yang lalu sambil mengalir air matanya

SIAPAKAH ORANG YANG KAYA:Adalah orang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan menikmati dunia yang sementara ini.

 SIAPAKAH ORANG YANG MISKIN:Adalah orang yang tidak puas dengan segala kenikmatan yang ada dan sentiasa mengumpul harta

SIAPAKAH ORANG YANG PANDAI:Adalah orang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

 SIAPAKAH ORANG YANG BODOH:Adalah orang yang beria-ria berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya di abaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG MAJU DALAM HIDUPNYA:Adalah orang yang sentiasa mementingkan ilmu agamanya.

 SIAPAKAH ORANG-ORANG YANG MUNDUR HIDUPNYA:Adalah orang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu

SIAPAKAH ORANG YANG GILA:Adalah oaring yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan seseorang itu meniggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuamn akalnya

SIAPAKAH ORANG YANG RUGI:Adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat amal-amal kebaikan

 SIAPAKAH ORANG YANG SELALU DI TIPU:Adalah orang muda yang mengaka bahwa kematian itu berlaku hanya kepada orang tua

SIAPA ORANG YANG PALING CANTIK:Adalah orang yang mempunyai aklak yang baik

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS:Adalah orang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh saujana mata memandang

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT DAN DI HIMPIT:Adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL:Adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menhindari seksa neraka

 SIAPAKAH ORANG YANG TIDAK BERAKAL:Adalah orang-orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu menggunakan akal maka sudah tentu mereka tidak mahu masuk neraka

PARA PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH,SEBAGAI PANDUAN DALAM MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN PANCAROBA INI,MARILAH KITA SAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI DENGAN HARAPAN KEHIDUPAN SELEPAS INI AKAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH.

asmaulhusna

Petikan dari Mingguan Wanita Feb 07