bismillah

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadhan,marilah kita mencontohi amalan nabi s.a.w  dan para sahabat supaya ibadah-ibadah kita di sepanjang Ramadhan dapat membina jati diri yang cemerlang lagi diredhai allah Taala.Kita perlu memuliakan Ramadhan dengan acara-acara yang disukai lagi diredhai Allah.

 Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadhan ialah

 1.Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah

 2.Jauhi sama sekali dari percubaan merosakan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati Allah

 3.Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti sembahyang tarawih,tahajud terutama pada malam lailatul Qadar.

 4.Pastikan sumber makanan dan minuman  kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima allah

 5.Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya lebih besar dari berbuka sendirian

 6.Sentiasa melakukan sembahyang 5 waktu berjemaah

 7.Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan lain

 8.Awasilah diri anda dari menghabiskkan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah

 9.Jika berupaya,kerjakan Umrah dalam bulan ini kerana Umrah pada bulan Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji

 10.Laksanakan Ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasululllah

 11.Segerakan berbuka,sebaik-baiknya sahajamatahari terbenam

 12.Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar,supaya anda meneruskan ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci dari hadas besar.

 13.Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.

 14.Peliharalah lidah anda dari berdusta,mengumpat,maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini,kerana amalan-amalan ini pada bulan ramadhan lebih besar dosanya.

15.Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang,tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar dari batas-batas kesederhanaan.

 16.Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang Allah dan mentaati segala suruhannya.

 17.Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadanya terutama ketika berbuka dan bersahur

 18.Banyakkan doa untuk diri sendiri,ibubapa,anak-anak dan seluruh umat islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.

 19.Bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa,dengan meninggalkan maksiat,menyesali dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mebgulangi lagi pada masa akan dating

 20.Setelai selesai puasa Ramadhan,teruskan dengan puasa 6 hari daripada bulan syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun

 21.Teruskan dengan iman,takwa dan amailamal yang soleh,sekalipun bulan ramadhan sudah selesaihingga anda meninggal dunia

 22.Banyakkan ucapan selawat kepada nabi Muhammad s.a.w terutama pada hari Jumaat.

puasa