Siapa Saya Ye!!
1st, Pls Subscribe to §ª££ý£éÂ’s.com by Email
Selamat Datang saya ucapkan pada semua siapa yang sudi singgah kesini..Bermacam-macam info akan diletakan disini,info-info terkini,tip-tip berguna,berkenaan IT,Berkenaan Forex,Cerita-cerita lawak, sedih atau sebagainya tapi yang pasti setiap info adalah berguna untuk kita semua
Seisi pengenalan!!
Siapa saya Ye!Saya manusia biasa juga.pernah hidup susah dan miskin suatu masa dahulu..Kini tidak lagi..pengalaman keperitan hidup sebagai orang miskin membuatkan kami berdoa dan berusaha tanpa rasa penat!!alhamdulillah kini kami sekeluarga hidup senang dan mewah!Terima kasih padamu ya allah dengan rezeki yang kau berikan pada kami..![]()
Saya seorg ibu kepada 5 orang anak lelaki
Nama Glamour: §ª££ý,Jmylia,Lia
Nama Yang Paling Glamour: §ª££ý
Id YM…
Adik-adik panggil Sis Lea ye..Glamour la sikit!
muahh!muahh!muahh
Anak seorg pemandu Lori je!(Dari Keluarga Miskin)syukur pada allah walau dilahirkan didalam keluarga miskin..
zaman persekolahan aku sering dihina dan dipersendakan oleh anak-anak orang kaya!
adat ler tu org kaya hina org miskin..perkara biasa..tapi bukan semua org kaya macam tu..ada yang baik juga!
Isteri pada seorg ahli perniagaan kecil-kecilan!(Mr.Safuan Othman)
Warna kegemaran:sudah semestinya: MERAH……
Umur:Tahun 1971(Kira ler sendiri berapa umur saya)
Asal:100% Negeri Jelapang Padi Malaysia(Sg.Petani,Kedah)
Boleh Bercakap Loghat 2 negeri( Kedah Dan Perak)
Saya ada satu masalah problem!Masalah problemnya selalu p jalan mana-mana orang ingat saya CINA..orang cakap CINA dengan saya..anak-anak dan suami senyum je..saya jawap ‘MAAF SAYA MELAYU’
cuba korang perhati betoi-betoi ada rupa cina ke saya ni!!![]()
Cakap BI memang tak pandai,tapi 5 putera saya fasih berbahasa Inggeris..(Kelima-lima Putera saya bersekolah di Ipoh Internatinal)
Jenuh Juga nak belajar loghat Perak(Kuala Kangsar)Suami 100% made in Kuala Kangsar saya pula 100% made in kedah..Jenuh ler minum ayor sungai Perak..baru ler skrg 100% boleh berloghat Perak..
tapi suami saya berloghat Kedah sampai sekarang tak boleh!!
aaaa anak sulung saya pandai loghat Kedah…![]()
Kini Menetap Di:Ipoh
Kerja:Sendiri(Bantu suami berniaga)
Hobi:Mengadap PC..Cross stitch..menjahit,memasak,membeli belah.. lagi apa ye..ermm apa-apa je ler..![]()
Bahan Bacaan:Majalah PC dan Majalah Mingguan Wanita buku-buku motivasi yang boleh memotivasikan diri saya sendiri!
dan buku-buku agama untuk mengingati dan sedarkan diri saya sendiri!
Penyanyi Lelaki yang saya minat:ANUAR ZAIN..sejak anuar nyayi lagu kain pelikat la la..la la…sampai ler skrg…suara Anuar Zain memang best..![]()
penyanyi perempuan yg saya minat:dulu memang tak de..minat lagu2 mrk je tapi nak minat orgnya macam saya minat Anuar Zain memang tak de tapi skrg dah ada….tau siapa saya minat….jeng jeng….oop Terlebih Suda..(Stacy penyanyi AF)Stacy memang best..tak sombong…Dia suka gelak…memang best…..Harap Stacy kekalkan sikapnya yang ramah ini selamanya..
Perkara Paling tak suka: Makan dalam Kereta..dan yang ni paling tak suka,kalau terjumpa sesiapa yang berasal dari Negeri kelahiran saya KEDAH tapi dia tak nak bercakap loghat KEDAH….meluat aku org macam ni.. BERBANGGALAH DENGAN NEGERI KELAHIRAN KITA WEIIII!!!!
![]()
Aktiviti dihujung Minggu: Kami sekeluarga suka menghabiskan masa didalam Hutan(Offroad)bersama Penang & Perak 4×4 Adventure Club,anda ada kereta 4×4? berminat boleh sertai kami…Jom…..?![]()
TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU!(TIADA JALAN MUDAH UNTUK JADI SENANG..BERDOA,MEMINTA,BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA!)
DAN
SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI BUKAN MILIK KITA 100% ADA SEDIKIT BAHAGIAN UNTUK FAKIR MISKIN,JADI RINGANKAN TANGAN !BERSEDEKAHLAH!











































