Posts Tagged ‘Info’

BUKA MINDA UTK TAKLUK DUNIA

Monday, November 14th, 2011

MEH KITA SAMA-SAMA MAJUKAN DIRI KITA

Orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan dan berwawasan,marilah menuju kemulian wahai orang yang bersungguh-sungguh.marilah menuju ketinggian,buanglah rasa mengantuk tinggalkan kemalasan,naikilah tangga kreativiti,majulah kepuncak kesempurnaan dan berkata-katalah selalu dalam hatimu ‘ SENTIASA MAJUKAN DIRI,BAIK DALAM KEADAAN SENANG ATAUPUN SUSAH’ Kunci KEJAYAAN MINDA ialah PUNCA KECERMELANGAN PEMIKIRAN’

1.BETULKAN NIAT & FOKUS

2.TETAPKAN MATLAMAT KEJAYAAN ANDA AGAR TIDAK TERSASAR

3.GERAK KERJA DAN KESUNGGUHAN

4.FOKUSKAN PERHATIANMU KEPADA SATU-SATU PEKERJAAN

5.MULAKAN KERJA YANG PALING PENTING KEMUDIAN YANG KURANG PENTING.

6.KERJA YG BERSISTEMATIK IALAH MENUJU KEJAYAAN

7.HINDARI PERASAAN BOSAN DAN JEMU.

****ANDA INGIN BERJAYA MULAKAN CITA-CITA DENGAN NIAT,SETIAP PERBUATAN BERGANTUNG KEPADA NIAT,OLEH SEBAB ITU NIATLAH KEBAIKAN DALAM SETIAP AMALAN,BERIKAN MANFAAT KEPADA ORANG LAIN DAN HINDARI DARIPADA MELAKUKAN KEJAHATAN.******

SAYANGILAH IBU ANDA

Saturday, October 22nd, 2011

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

MELAYU MUDAH LUPA

Sunday, September 11th, 2011

KUMPULAN 4

Sajak, melayu mudah lupa, nukilan Tun Dr Mahathir Mohammad

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

Musuh Iblis dan sahabat Iblis

Thursday, August 11th, 2011

15 MUSUH IBLIS

1.NABI MUHAMMAD S.A.W

2. IMAN YANG ADIL

3.ORANG KAYA YANG RENDAH HATI

4.PADAGANG YANG JUJUR

5.ORANG ALIM YANG SEMBAHYANGNYA KUSYUK

6.ORANG BERIMAN YANG SUKA MEMBERI NASIHAT

7.ORANG YANG TAUBAT DAN TETAP ATAS TAUBATNYA

8.ORANG YANG TAK MAHU BERBUAT KEMUNGKARAN

9.ORANG BERIMAN YANG SENTIASA BERWUDUK

10.ORANG BERIMAN YANG BANYAK BERSEDEKAH

11.ORANG YANG BERIMAN YANG BERKELAKUAN BAIK

12.ORANG BERIMAN YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN

13.ORANG YANG MENGAMALKAN DAN TERUS MENERUS MEMBACA AL-QURAN

14.ORANG YANG MENEGAKKAN IBADAT PADA WAKTU MALAM SEDANGKAN ORANG LAIN TIDUR DENGAN NYENYAKNYA.

15.ORANG BERIMAN YANG PENGASIH

10 SAHABAT IBLIS

1.HAKIM YANG TIDAK ADIL

2.ORANG KAYA YANG SOMBONG

3.PEDAGANG YANG TIDAK JUJUR

4.PEMINUM ARAK

5.PENGHASUT KEPADA ORANG LAIN

6.ORANG YANG BERAMAL KERANA INGIN NAMA(RIAK)

7.ORANG YANG MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

8.ORANG YANG PERMUDAHKAN SOLAT.

9.ORANG YANG TIDAK MAHU BERZAKAT

10.ORANG YANG SUKA TERMENUNG(MELAMUN)


19 HADITS MENGENAI WANITA

Saturday, August 6th, 2011

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan..

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak NabiIsmail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10. 000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1.000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suami serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku Nabi SAW) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Dari Aisyah r.a., Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

Ramadhan datang lagi

Monday, August 1st, 2011

syukur alhamdulillah,terima kasih pada allah beri peluang pada kita BERPUASA DI BULAN RAMADHAN yang Mulia ini

TIADA NAMA SECANTIK “ALLAH”

TIADA UMAT SEBAIK “NABI MUHAMMAD”

TIADA AGAMA SEINDAH “ISLAM”

TIADA MUZIK SEIRAMA “BEDUK”

TIADA SUARA LAGU SEMERDU “AZAN”

TIADA NOVEL SEHEBAT “AL- QURAN”

TIADA DIET YG MUJARAP SELAIN “PUASA”

TIADA BULAN YG MULIA SELAIN “RAMADHAN”

~SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA~

TAK POSE TAK BOLEH RAYA TAU…SELALUNYA YG SIBUK NAK RAYA TU ORG YG TAK POSE LA…GLAMOR BAGAI NAK RAK….HEHEHE…

SUAMI-SUAMI FAHAMILAH ISTERI ANDA

Friday, July 15th, 2011

KHAS UTK SEMUA… SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT……

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”…lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…

Mengapa wanita menangis

Monday, March 28th, 2011

Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan.

1. Punca wanita menangis.

  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.

Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.

Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.

2. Kesan tangisan.

  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.

The world stops at the moment when women cry.

Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.

Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:

1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.

Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)

Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!

Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV.

KENALI LELAKI & RAGAM MEREKA

Sunday, February 20th, 2011

BAGAIMANA MENGENALI LELAKI  PLAYBOY

- Selalunya mereka ini serog yg berpenampilan menarik dan ‘up to date’.Biarpn kadangkala mrk tu tak lah begitu kacak sangat dari segi rupa paras.tapi penampilan diri buat mrk ckup menawan.kalau bercakap memang romantis sekali.Kiranya pandai ayat laj ni!Mrk selalu memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal dikawasan mewah.Jarang sekali mrk bercakap tentang keluarga.

MAKNANYA- Mungkin mrk ini belum terfikir utk kehidupan berkeluarga.hanya memetingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mrk inginkan sesuatu yang teramat berharga drpd perempuan.Mungkin krn penampilan diri yg menarik hati,membuatkan mrk sering menjadi perhatian.jadi,berhati-hatilah!ada yg berjaya mengikis sikap itu bila usia makin mengijak dewasa,tapi usah terperanjat krn ada yg masih kekal dgn perangai ‘PLAYBOY’ itu biarpun usia dah vetaran.

BAGAIMANA MENGENALI LELAKI TRADISI

Corak berpakain mrk selalunya sederhana saja,taklah terlalu kuno atau ‘up to date’ sangat,tapi lelaki golongan ini agak suka memerintah org lain menuruti kehendak mrk.selain itu,dia sngat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuat jiwanya tenang.

MAKNANYA – Bermakna dia mampu menjadi suami yg baik nanti.bagi dirinya,keluarganya adalah segala-galanya dalam hidup.Mrk impikan sebuah keluarga yang bhgia dan itu juga bermaknsa dia tak takutkan komitmen.

BAGAIMANA MENGENALI LELAKI KORPORAT

- Selalu mrk ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional.Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yg paling penting dlm hidup.dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dlm memilih pasangan hidup.Jila ditanya,mungkin akn mengatakan bahawa mrk tak merancang utk membina keluarga dlm masa yg terdekat.

MAKNANYA:- Ternyata mrk ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dlm hidup sbb itulah dia akn memilih wanita yg pandai berdikari sebagai pasangan.Biarpun romantis tp wanita tetap akn jd yg kedua dlm hidup selepas kerjaya

BAGAIMANA MENGENALI LELAK KEPARAT

Lelaki jenis ini sukabersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dgn lelaki korporat yg berfikiran rasional.lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja.lelaki ini boleh dilihat dikawasan parking kereta dan tempat dimana kutu rayau selalau berada.

MAKNANYA:-Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa org parking atau motor,lagi pun wang yg diperolehi digunakan utk membeli najis dadah dan sbgainya.mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola.


Abah.. bagilah balik tangan Ita”

Monday, February 7th, 2011

ni sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….” (,”)(“,)

Photobucket
Kek & Kelas Kek

Ribuan Terima Kasih Dari Sis. Sokongan anda amat dihargai! Terima Kasih!Sila datang lagi!!
MY FAMILY
my family
Jom Baca Quran
MY SIFU
+6
Hulurkan Bantuan!
DI DUNIA INI,APA YANG KITA BERI MEMBUAT KITA JADI KAYA BUKAN APA YANG KITA TERIMA,JADI MARI KITA SAMA-SAMA HULURKAN TANGAN BERIKAN BANTUAN PADA FAKIR-FAKIR MISKIN*

rumah anak yatim


Orang alim kata, barangsiapa membantu di Jalan Allah (tolong anak-anak yatim misalnya), insyaallah Allah SWT akan membantu dan mengurniakan rezeki kepadanya daripada sumber yang tak pernah disangka-sangka. Percayalah...