Posts Tagged ‘info terkini’

sampai hati ibunya

Thursday, June 2nd, 2011

Dalam kejadian 22 Disember tahun lalu, kira-kira jam 3 petang, mangsa pergi ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Abdullah Man yang meninggal dunia dua bulan sebelum kejadian bagi melangsaikan hutang arwah ayahnya. Asri berkata, apabila dia tiba di rumah itu, ibu dan adiknya enggan membuka pintu lalu dia cuba menjenguk di jeriji tingkap untuk memanggil mereka, malangnya dia disimbah asid oleh adiknya.
Akibat simbahan itu, dia meraung meminta pertolongan ibu dan adiknya itu namun tidak dihiraukan menyebabkan dia terpaksa meminta pertolongan ibu saudaranya yang tinggal bersebelahan rumah.

Asri dah maafkan depa, Asri rindu sangat nak jumpa ibu dan adik,” itulah luahan Asri Abdullah, 42, yang cedera parah di muka, kedua-dua tangan dan badan selain buta akibat disimbah asid oleh ibu dan adik lelakinya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 22 Disember tahun lalu.

Sambil menitiskan air mata, Asri meluahkan perasaan rindu terhadap ahli keluarganya walaupun mereka sanggup melakukan perbuatan kejam itu terhadapnya.
“Asri sayang depa, sampai sekarang pun masih rindu mereka. “Tapi mereka tidak pernah tanya khabar Asri. Walaupun kawan pernah hubungi mak untuk beritahu mereka keadaan Asri sekarang, tapi mak letak telefon….IBU APAKAH INI YG SNGGUP BUAT ANAK SENDIRI MACAM NI…BINATANG PUN TAU SAYANGKAN ANAKNYA…

JANGAN RAIKAN APRIL FOOL

Friday, April 1st, 2011

BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA

Assalamualaikum wbt.
Walaupun 1 April dah berlalu beberapa hari yang lepas..
Aku terpanggil untuk berkongsi cerita di sebalik hari tersebut di sini..

Ikutilah cerita sedih di sebalik
April Fool’s Day sebagai renungan
bersama. Setiap kali
menjelang 1hb April, sesetengah orang
kita begitu
taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s
Day ini, adalah
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan
kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di
Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
(Moors) terpaksa
berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu
bahwa mereka
boleh berlayar keluar dari Sepanyol
dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran
tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi ke
pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April),
mereka mengambil
semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke
pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar
rumah
penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana
semuanya dibakar. Pihak Kristian
kemudiannya menyerang
kaum Muslim dan membunuh kesemuanya;
lelaki, perempuan
serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata
dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan
April Fool’s Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara
seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu
taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara
kamu….

wallahhua’lam

Abah.. bagilah balik tangan Ita”

Monday, February 7th, 2011

ni sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..!

”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata…

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….” (,”)(“,)

manusia berhati Binantang

Wednesday, September 15th, 2010

 KEJAM YA AMAT SANGAT..MANUSIA JENIS APA KAH INI SANGGUP MEMBUNUH SAMPAI MACAM NI SEKALI,TAK DE KE PERASAAN BELAS KASIHAN..MEMANG BINATANG MRK SEMUA YG TERLIBAT DLM PEMBUNUHAN INI.

sampainya hati bapa sembelih anak sendiri

Friday, August 27th, 2010

KOTA BHARU – Luluh hati seorang ibu apabila melihat suaminya yang mengalami masalah mental tergamak menyembelih anak lelaki kesayangan mereka di dalam bilik air walaupun dia merayu berkali-kali supaya si suami tidak meneruskan niatnya dalam satu kejadian menyayat hati di Kampung Sungai Budor di sini semalam.

Mohd. Adam Muszhaffar Muhaimin, 3, meninggal dunia selepas lehernya hampir putus disembelih oleh bapanya, Muhaimin Sautar, 33, dengan menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu.

Selepas menyembelih anaknya yang memakai jersi tertera nama pemain bola sepak Rusia, Andrei Arshavin yang kini mewakili pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal, Muhaimin yang merupakan bekas pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di sini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya tetapi tindakan itu gagal apabila dia diselamatkan penduduk.

Difahamkan, Muhaimin bertindak demikian selepas dia gagal mengawal diri apabila dia didakwa telah lama tidak memakan ubat sakit mental.

Jiran-jirannya kemudian bertindak menghubungi polis sebelum dia dibawa oleh pasukan keselamatan itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Mangsa merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga beradik. Dia mempunyai seorang kakak, Shafiqah, 8, dan seorang adik, Siti Aishah, 2.

Isteri Muhaimin, Nik Suzila Nik Hashim, 32, berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu panas badan dan dia kemudian duduk di bawah rumah berhampiran dengan bilik air rumah mereka.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia mendengar Mohd. Adam menjerit lalu dia bergegas ke bilik air.

“Apabila saya sampai, luluh hati saya tatkala melihat suami saya bersungguh-sungguh menyembelih Mohd. Adam. Ketika itu suami berada di atas Mohd. Adam tanpa bersuara walaupun saya memintanya supaya berhenti.

“Saya hanya mampu melihat darah membuak-buak mengalir ke lantai sehinggalah Mohd. Adam terkulai kaku dan tidak lagi bernyawa,” ceritanya ketika ditemui semalam.

hadiah dari Anak-Anak dihari Ibu

Wednesday, May 12th, 2010

 

Sempena hari Ibu baru-baru ini,anak-anak saya buatkan roti telur diatas..siap tulis dengan edible Pen lagi…terima kasih anak-anakku.

Selamat tinggal 2009

Thursday, December 31st, 2009

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2009,rasa-rasa azam tahun lepas tercapai ke tak?,umur kita pun makin meningkat..tapi jgn ingat kita dah tua…sentiasa ingat yg kita muda…tu ler awet muda…walau apa pun semoga di tahun baru kita sama-sama perbaiki segala kekurangan pada diri kita..agar kita semua dirahmati allah….

SELAMAT TINGGAL 2009 SELAMAT DATANG 2010

Pembunuh kejam

Friday, November 6th, 2009

stray-cat-with-kittens

Comelkan ibu dan anak-anak kucing ni,ibunya mata biru lagi,saya pun ada ibu dan anak-anak kucing,dan bercucu pun ibu kucing saya…tapi ada trajedi yang meyedihkan pada ibu dan anak-anak kucing ini..ianya amat menyedihkan!Saya menangis bila tengok keadaan anak-anak kucing ini!20 (more…)

MASKER BUAH UNTUK SEGARKAN WAJAH

Friday, October 30th, 2009

masker1

1.MASKER BELIMBING DAN NENAS:* Kandunagn vitamin A dan C amat berkesan bagi mengecilkan pori-pori kulut wajah,menyegarkan sekali gus menyejukkan.Selain itu,kandungan mineralnya mampu mengurangi kelesuan dan mengatasi kulit berminyak

 2.MASKER LABU DAN BETIK:*Buah Labu dan betik mengandungi vitamin C bagi mempercepatkan reproduksi sel-sel  kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.Selain itu,betik juga mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semula jadi yang bermanfaat bagi kekencangan kulit.

 3.MASKER APRIKOT DAN PISANG:* Pisang yang kaya dengan vitamin C,Kalium serat dan zat besi memiliki kemampuan menghapuskan kulit.Panduan ektrak pisang dalam masker sesuai untuk kulit normal bagi mencecah kulit kusam selain menjadikan wajah segar dengan kulit lebih gebu dan terjaga kelembapannya.

 4.MASKER TOMATO MENGHALUSKAN KULIT:*Tomato yang mengandungi Vitamin C dapat melindungi kulit dan pengaruh sinaran matahari.Kisaran tomato yang dipupur ke wajah mengandungi asid yang bermafaat untuk mengecilkan pori-pori kulit.Selain itu,memakan tomato sebiji sehari membuatkan wajah bersri-seri.

 5.MASKER TIMUN MENYEJUKAN KULIT:*Timun yang sememangnya berkhasiat amat elok untuk kesihatan kulit.Amalkan memupur campuran parutan timun di kulit muka bagi mendapat hsil berkesan!

Sape yang rajin silakan bermasker-masker..5

Flash Menus,Buttons & Banners

Tuesday, October 27th, 2009

untitled

Nak buat Menu,button dan Banner cantik-cantik klik kat gambo tu …Free je10

Photobucket
Kek & Kelas Kek

Ribuan Terima Kasih Dari Sis. Sokongan anda amat dihargai! Terima Kasih!Sila datang lagi!!
MY FAMILY
my family
Jom Baca Quran
MY SIFU
+6
Hulurkan Bantuan!
DI DUNIA INI,APA YANG KITA BERI MEMBUAT KITA JADI KAYA BUKAN APA YANG KITA TERIMA,JADI MARI KITA SAMA-SAMA HULURKAN TANGAN BERIKAN BANTUAN PADA FAKIR-FAKIR MISKIN*

rumah anak yatim


Orang alim kata, barangsiapa membantu di Jalan Allah (tolong anak-anak yatim misalnya), insyaallah Allah SWT akan membantu dan mengurniakan rezeki kepadanya daripada sumber yang tak pernah disangka-sangka. Percayalah...