
400 bijiMuffin coklat di tempah melalui kak Norma pada 16hb.12.09..Hantar sekali dengan kek Fondant yang berwarna biru lembut tu……naisib baik la ada kakak ipar dan anak-anak saudara,mrk la yang bantu siapkan semua tempahan….1050 biji coklat untuk tetamu VIP di hari perkhawinan…(gambo lupa nak ambil)
bz tahap gaban sebab nak kena hantar sebelum magrib!paham2 lah macamana kelang kabutnya sis dan anak-anak saudara dan anak2 sis juga kakak ipar sis(kak Liza isteri abg kembar sis abg E)syukur
alhamdulillah siap semuanya tepat pada masanya!

Kek Prune ini khas untuk adik(AMY) di Sungai Petani Kedah,kek Prune tak deco-deco pun….sis kirim melalui Abg Sis(Abg E)dengan keluarganya balik ke S.P hari Ahad(27hb.12.09)dah dpt msg dari Amy semalam”kak kek sedap nak mampos”perkataan sedap tu boleh diterima tapi perkataan ‘nak mampos’ tu…jgn ler makan kek kak ni sampai mampos adik oi….
!

4 kotak muffin coklat chip dan muffin blueberry untuk dibawa pulang ke Kg!salah satu kotak untuk Adik Sis(Eida) yang lain-lain untuk keluarga sebelah mertua Abg E…

kek Blueberry di hias dengan Fresh Cream

Kek Prune dihias dengan cream cheese

Kek super chocolate Fudge di hias dengan Fudge coklat dgn Sugar Icing,Bunga tak boleh dgn sugar icing sbb nak dibawa balik ke S.P.Kedah.Hias Sikit-sikit dengan Sugar icing boleh la.. 3 kek di atas buah tangan untuk abg E dan keluarganya yang banyak bantu selama mrk bercuti di rumah sis..mula mrk nak balik hari Jumaat tapi sis kata balik sabtu la abg…tiba hari sabtu sis kata abg balik hari Ahad lah…
lama keluarga abg E di rumah sis..sejak 15hb.12.09 mrk baru je balik Ahad lepas!(27hb.12.09)syukur alhamdulillah mrk dah selamat sampai di Rumah mrk!
rasanya kek pun dah selamat di korbankan!